Flash News
Mail Instagram Pinterest RSS

Piagam Sekolah

PIAGAM SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Damansara Damai (2) berusaha gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, memberi pendidikan yang sempurna bagi merealisasikan
Falsafah Pelajaran Kebangsaan.

Membimbing murid-murid untuk menjamin peningkatan mutu akademik,disiplin dan kokurikulum menuju ke arah pendidikan cemerlang dan siapsiaga.

Memberi layanan mesra kepada semua pihak yang berurusan dengan sekolah serta mencipta keharmonian melalui musyawarah bagi mewujudkan suasana yang ceria, damai dan berkesan.



MOTTO SEKOLAH
BERILMU,BERAMAL, BERJAYA

          Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan di mana murid-murid perlu berusaha untuk mendapat ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan murni dan menjadikan disiplin sebagai kunci utama ke arah kejayaan seterusnya berjasa kepada masyarakat, bangsa dan Negara.


MATLAMAT SEKOLAH



 Membentuk budaya penyayang dan kerja sepasukan di kalangan warga sekolah agar dapat melahirkan insan yang sayangkan agama, bangsa, dan Negara. Sayangkan diri, keluarga, guru, sekolah dan alam sekitar.

 Melahirkan insan yang berilmu dan bersahsiah terpuji untuk menuju kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.

 Mewujudkan persekitaran yang harmoni dan selesa bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

 Menjalinkan hubungan silaturrahim yang erat antara warga sekolah dan komuniti tempatan.


PIAGAM PELANGGAN

  1. Menyediakan kemudahan dan suasana sekolah yang selesa dan kondusif bagi kecemerlangan akademik dan kokurikulum murid-murid.
  2. Mewujudkan persekitaran sekolah yang nyaman, ceria, sihat, harmonis dan selamat.
  3. Memupuk semangat sayang, bangga dan kekitaan kepada sekolah
  4. Melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, bersikap positif, penyayang, bertanggungjawab, berketrampilan, dinamik, inovatif dan berwawasan.
  5. Menjalin bersama dan hubungan kekeluargaan yang erat diantara murid, guru, PIBG, kakitangan ibu bapa dan masyarakat setempat.
  6. Melahirkan guru-guru yang celik IT dalam pengendalian proses penganjaran dan pembelajaran berasaskan pendidikan Bestari.